Siaran Akhbar

Hala tuju GERAKAN 2025: Fokus utama ke arah Malaysia ‘Universal Concerns’

Jan 18, 2025

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengorak langkah dengan visi baharu bagi tahun 2025, membawa hala tuju yang berpaksikan kepada menangani kebimbangan sejagat atau ‘universal concerns’. Hala tuju ini merangkumi fokus terhadap isu-isu utama yang akan membentuk masa depan negara dan rakyat Malaysia.

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyatakan tahun 2025 adalah tahun perubahan untuk GERAKAN. Kami yakin bahawa dengan hala tuju ini, kami mampu menangani kebimbangan rakyat dan memastikan setiap suara didengari. GERAKAN bersedia untuk menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang dengan misi yang jelas dan tindakan yang berkesan.

Sebagai sebuah parti yang komited kepada pembangunan masyarakat, GERAKAN menetapkan beberapa keutamaan strategik untuk memastikan setiap rakyat mendapat manfaat secara langsung daripada dasar-dasar progresif yang akan diperjuangkan. Keutamaan ini termasuk:

Kestabilan Ekonomi dan Kos Sara Hidup
GERAKAN bertekad untuk memastikan kestabilan ekonomi negara dengan mengurangkan kos sara hidup melalui dasar fiskal yang lebih inklusif dan program bantuan yang sasarannya tepat kepada golongan memerlukan.

Pendidikan Berkualiti untuk Semua
GERAKAN akan memperjuangkan pendidikan yang berkualiti dan mampu diakses oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Kesihatan Mudah dan Mampu Milik
Memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada kemudahan kesihatan yang cekap, berkualiti, dan mampu milik adalah salah satu komitmen utama GERAKAN bagi membina masyarakat yang sihat dan produktif.

Bersih dan Ketulusan Kerajaan
GERAKAN komited kepada pentadbiran yang bersih, telus, dan bebas rasuah. Ini akan direalisasikan melalui reformasi institusi dan sistem yang lebih berintegriti.

Keharmonian budaya
Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum perlu terus menjadi model keharmonian. GERAKAN akan mempromosikan perpaduan, menghormati kepelbagaian, dan memperkukuhkan hubungan antarabangsa.

Transformasi Digital
Dalam era globalisasi, GERAKAN akan menggerakkan transformasi digital untuk semua sektor termasuk pendidikan, perniagaan, dan pentadbiran bagi memastikan Malaysia terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Keselamatan dan Keamanan
GERAKAN memahami bahawa keselamatan negara adalah keutamaan. Oleh itu, parti ini akan terus menyokong langkah-langkah untuk memastikan keamanan dan keselamatan di dalam dan luar negara.

Memperkasa Orang Muda dan Peluang Pekerjaan
GERAKAN percaya pada potensi generasi muda sebagai pemacu masa depan negara. Usaha akan dipergiat untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dan memperkasa anak muda dengan kemahiran baru melalui latihan dan program pembangunan.

Dalam pada itu, Dominic Lau mengumumkan YB Wong Chia Zhen ADUN KulIm, dilantik sebagai Setiausaha Agung baru parti bagi menggantikan Loh Kah Yong yang dilantik pada pemilihan parti sebelum ini. Beliau berharap YB Wong dapat menggalas tugasan itu dengan sempurna dan dedikasi.

DATUK DR
DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN