Siaran Akhbar

Harga diesel antarabangsa lebih murah daripada Malaysia

Sep 6, 2024

Presiden Nasional, GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menyatakan bahawa berdasarkan perubahan harga minyak di pasaran antarabangsa baru-baru ini, mengikut mekanisme penetapan harga bahan api semasa, harga antarabangsa bagi diesel adalah bersamaan RM2.62 seliter. Namun, beliau tidak faham mengapa kerajaan perpaduan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.16 seliter.

Beliau “berterima kasih” kepada kerajaan perpaduan kerana dalam tiga minggu kebelakangan ini, harga runcit diesel telah dikurangkan sebanyak 0.02 sen setiap minggu, tetapi jika dibandingkan dengan harga diesel di peringkat antarabangsa, perbezaan harga yang besar dapat dilihat. Beliau berharap kerajaan dapat menjelaskan perbezaan harga ini.

Beliau berkata, mulai Ogos tahun ini, harga diesel di peringkat antarabangsa mengalami turun naik, dan berdasarkan purata nilai tukaran ringgit kepada dolar AS, iaitu 1 dolar bersamaan RM4.33, harga diesel antarabangsa telah turun dari USD99.23 setong (bersamaan RM429.67) kepada USD85.79 setong (bersamaan RM371.47).

“Pada bulan Ogos, tukaran ringgit kepada dolar adalah 1 dolar bersamaan RM4.56, dan pada akhir Ogos hingga awal September, 1 dolar bersamaan RM4.33. Ini bermakna harga diesel antarabangsa turun dari RM452.49 setong (berdasarkan tukaran RM4.56) kepada RM371.47 (berdasarkan tukaran RM4.33), penurunan kira-kira 18%. Namun, mengapa harga runcit diesel di negara kita masih RM3.16 seliter? Perbezaan harga tersebut adalah kira-kira 54 sen.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Dominic Lau berkata bahawa dahulu ketika kerajaan Barisan Nasional hanya melaksanakan cukai GST sebanyak 6%, pemimpin Pakatan Harapan turun ke jalanan untuk membantah. Kini, harga runcit diesel lebih tinggi sebanyak 54 sen berbanding harga antarabangsa, seolah-olah rakyat perlu menanggung perbezaan 54 sen bagi setiap liter diesel yang diisi.

Beliau juga menyatakan bahawa walaupun keuntungan bersih Petronas bagi separuh pertama tahun kewangan 2024 menurun sebanyak 19% berbanding tahun sebelumnya, syarikat itu masih mencatatkan pendapatan sebanyak RM32.4 bilion. Beliau mengingatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sama ada beliau masih ingat akan kenyataannya dahulu yang menyatakan bahawa beliau akan meminta Petronas memberikan dividen khas sebanyak RM1 bilion untuk mengurangkan beban rakyat dan menegaskan bahawa ini adalah hak rakyat.

“Petronas telah membayar dividen sebanyak RM12 bilion kepada kerajaan dalam separuh pertama tahun ini, manakala cukai yang dibayar, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST), adalah sebanyak RM10.9 bilion”

“Saya juga berharap Kementerian Kewangan dapat menjelaskan dengan lebih lanjut, di manakah dividen yang diperoleh daripada syarikat milik kerajaan ini digunakan” tegas beliau.

Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi