Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

‘Hukuman mati mandatori relevan untuk kes jenayah melampau’

Jun 13, 2022

1. Pada asasnya Parti Gerakan Rakyat Malaysia bersetuju dimana Hukuman Mati Mandatori dimansuhkan dan diberi budi bicara kepada hakim untuk dibicarakan.

2. Walaubagaimanapun saya ingin menyatakan Hukuman Mati Mandatori masih ada relevan untuk sesetengah kes jenayah yang melampau.

3. Saya ingin menjelaskan pemansuhan Hukuman Mati Mandatori tidak memansuhkan Hukuman Mati. Maksunya hukuman mati masih ada tetapi pada masa yang sama hukuman penjara juga diberi kepada hakim bicara untuk memilih sama ada dijatuhkan hukuman mati atau dipenjara.

4. Seperti dalam Sekysen 3 Akta Penculikan 1961 sekiranya disabitkan kesalahan dia boleh dkenakan Hukuman Mati atau dipenjara sepanjang hayat umur.

5. Disini saya ingin menjelaskan berbezaan sepanjang hayat atau sepanjang umur.Sepanjang ayat adalah dipenjaran sehingga mati. Sepanjang umur hanya 30 tahun sahaja.

6. Untuk makluman, isu dan penjelasan lebih mendalam akan diperjelaskan pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Sabtu ini.

7. Perkara utama yang saya ingin bangkitkan pada sidang media pagi ini adalah susulan daripada pengumuman kabinet baru-baru ini. GERAKAN menerima banyak reaksi daripada netizen dan ahli-ahli mangsa keluarga berkaitan pemansuhan Hukuman Mati Mandatori.

8. Hari ini GERAKAN berpendapat Hukuman Mati ada relevannya untuk beberapa kesalahan berat. Jangan mansuhkan secara keseluruhan.

9. Perkara kedua adalah kita menerima reaksi daripada rakyat setelah membuat kajian. Rata-rata daripada mereka ingin mengekalkan Hukuman Mati Mandatori tersebut untuk beberapa kesalahan.

10. Kita tidak boleh menggunakan satu standard yang sama untuk semua kesalahan sebab setiap kesalahan yang dilakukan adalah berbeza.

11. Sekiranya kes melibatkan kematian seperti selepas dirompak atau dirogol. GERAKAN akan membuat perbicangan apa hukuman yang sesuai untuk kes yang melibatkan kematian.

12. Berkaitan kes dadah, GERAKAN sebulat suara bersetuju untuk hapuskan Hukuman Mati Mandatori. Pada masa yang sama, GERAKAN mahu pada sidang Parlimen akan datang untuk mengambil kira kesalahan-kesalahan yang agak serius dijatuhkan Hukuman Mati Mandatori.

MAK KAH KEONG
SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN