Siaran Akhbar

Hutang negara cecah RM1.2 trilion, bukti kegagalan kerajaan Anwar

Jul 16, 2024

Sehingga akhir April tahun ini, hutang kerajaan pusat telah mencapai RM 1.2 trillion, namun Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar masih buntu mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.

Presiden Nasional, YB Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, seluruh rakyat mula mempersoalkan keupayaan Anwar dalam mentadbir negara.

Beliau menegaskan, rakyat telah memberi kerajaan perpaduan masa yang cukup, tetapi Kerajaan Madani perlu faham memulihkan ekonomi negara tidak hanya memerlukan masa, tetapi juga memerlukan rancangan pembangunan jangka pendek, sederhana dan panjang yang berkesan.

Setiap kali Anwar melawat luar negara, beliau mengumumkan kejayaan menarik pelaburan berbilion-bilion, namun tidak dapat merangsang ekonomi negara, menunjukkan pelabur asing masih berhati-hati terhadap pengumuman ‘syok sendiri’ kerajaan.

Kini, hutang negara terus meningkat, Anwar nampaknya seperti tidak kisah dan dibawah kepimpinannya selama setahun, hutang negara meningkat hampir 20 kali ganda kepada RM 500 billion, tetapi Anwar memberitahu rakyat bahawa negara tidak mempunyai masalah, apakah konsep ini? Adakah Anwar hilang ingatan ataupun masih percaya formula Menteri Ekonomi?.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa, Lau menyebut bahawa rakyat masih tidak puas hati dengan keadaan negara, Anwar sendiri mengumumkan bahawa pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak akan menyebabkan kenaikan harga dan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.

Jika logik ini diterima, mengapa beliau memberikan subsidi tambahan RM 100 juta kepada peneroka FELDA untuk menampung kenaikan kos operasi ladang akibat kenaikan harga diesel?

Beliau menegaskan, jika polisi yang memberi manfaat kepada pembangunan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat, GERAKAN sudah pasti akan memberi sokongan. Namun sehingga hari ini tiada langsung yang efisen dan boleh dibanggakan.

“Situasi ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri juga tahu bahawa subsidi diesel bersasar memang boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan, tetapi perbelanjaan tambahan ini mesti ditanggung oleh rakyat.

“Jika kerajaan pimpinan Anwar terus terlibat dalam mencipta ilusi dan populisme, sehingga menggadaikan masa depan negara tidak sepatutnya berbuat demikian. Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab dan akan menyebabkan penderitaan kepada generasi akan datang.”

Lau mengutip semasa krisis kewangan Asia pada 1998, ketika ekonomi negara berada di ambang kehancuran akibat serangan George Soros, Anwar bersendirian memutuskan untuk membawa masuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengambil alih ekonomi Malaysia, membiarkan bank-bank mengisytiharkan kebankrapan dan menerima sepenuhnya bantuan IMF. Tindakan ini hampir menyebabkan negara bankrap.

Beliau berkata, keadaan semasa sangat mencabar, dan kerajaan yang kompetitif tidak sepatutnya menunjukkan prestasi seperti ini. Jika Anwar percaya bahawa rasuah adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan ekonomi negara, mengapa beliau bekerjasama dengan UMNO yang pernah dituduh oleh PH dengan rasuah?

“Adakah Anwar akan dapat mencipta penyelesaian untuk masalah negara di masa hadapan, saya masih belum pasti, tetapi berdasarkan kemampuan yang ditunjukkan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya benar-benar bimbang.”

YB Senator Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional