Siaran Akhbar

Ibu Bapa Risau Terhadap Keberkesanan Pembelajaran Online

Jun 25, 2021

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas, pengajaran dalam talian menjadi satu-satunya kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi pelajar di seluruh negara. Ramai yang berada di luar bandar terkesan dengan situasi ini. Bukan semua mampu memperolehi alat-alat pembelajaran ini. Beberapa wakil rakyat turut sedar tentang keadaan tersebut dan menaja tablet, komputer riba kepada mereka yang tidak mampu.

Namun demikian, yang merisaukan bukan sahaja akses kepada alat-alat pembelajaran, tetapi keberkesanan pengajaran dalam talian kepada murid-murid. Hakikatnya, remaja dan kanak-kanak secara umum kurang disiplin kendiri dan memerlukan pemantauan daripada guru atau waris dalam P&P. Bayangkan setakat P&P dalam kelas, pelajar susah menumpu perhatian, apatah lagi P&P dalam talian, di mana guru tidak dapat mengawal mereka.

Ramai mengeluh kepada saya tentang kerisauan mereka, terutamanya ibubapa dan cikgu yang mendapati keberkesanan pembelajaran tidak effektif seperti dahulu. Interaksi dengan pelajar pun kurang kerana P&P dilaksanakan secara sehala. Seorang cikgu berkata, ramai murid cicir (dropout), tidak hadir untuk pembelajaran dalam talian dan tidak dapat dibuhungi. Ibubapa masih ada yang bekerja di kilang dan tiada pemantauan di rumah.

Situasi ini amat membimbangkan, apabila pembelajaran murid-murid generasi ini terkesan, ia akan menjejaskan progres dan daya saing mereka pada masa hadapan. Agensi kerajaan, pusat tuisyen swasta, NGO dan semua pihak yang berkaitan perlu bersama-sama mencari penyelesaian supaya pendidikan kepada anak-anak kita tidak terjejas. Semua pihak perlu mengambil anjakan paradigma dalam mengatasi cabaran ini.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA