Siaran Akhbar

Infografik belanja dapursebulan J-KOM tidak masuk akal!

Jul 14, 2023


Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam Jabatan Komunikasi Komuniti Jabatan Perdana Menteri (J-KOM) kerana membuat infografik berkaitan perbelanjaan dapur yang tidak masuk akal langsung.

Naib Presiden GERAKAN, Datuk G. Parameswaran berkata, infografik dihasilkan oleh
J-KOM berkaitan isi rumah bersama dua anak mampu menampung perbelanjaan dapur pada kadar RM391 sebulan mendapat sindiran dan kritikan ramai.

“Jumlah RM391 tersebut hanya untuk menampung barang-barang keperluan keluarga (empat orang) dan bukan keseluruhan senarai runcit”

“Perkara yang disenaraikan dalam infografik berkenaan adalah tidak logik sekiranya ia merupakan senarai pembelian sekeluarga yang terdiri daripada empat orang.”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Parameswaran, bukan itu sahaja, Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff tampil pada Khamis mengakui terdapat kesalahan.

“Kalau dah tahu terdapat kesalahan, kenapa tak periksa dahulu sebelum menyiarkan kepada seluruh Malaysia”

“Sebagai Ketua Pengarah J-KOM, Agus Yusuff perlulah profesional dalam membuat percaturan dan tidak sepatutnya membuat kesalahan” tegasnya

Jadi, saya mencadangkan kepada J-KOM agar membuat pengiraan secara dengan terperinci mengenai perbelanjaan barang dapur dengan memantau di semua pasar raya serta gerai-gerai bagi memastikan harga sebenar, bukannya kira mengikut secara umum sahaja.

DATUK PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA