Siaran Akhbar

Isu kemasukkan pelancong China, sila contohi Kerajaan Perikatan Nasional!

Jan 3, 2023

Kebelakangan ini timbul kerisauan dalam kalangan orang awam tentang kemasukan pelancong China yang didapati varian Covid-19 baru melanda negara tersebut.

Kerisauan rakyat terhadap perkara ini adalah bernas, kerana kehidupan mereka baru sahaja kembali ke cara normal dan ekonomi sedang memulih. Yang terkesan daripada krisis ekonomi adalah golongan marhaen dan golongan terpinggir. Sekiranya Covid-19 melanda negara kita seperti 2020-2021, berkemungkinan impaknya lebih besar kepada golongan ini berbanding dengan tahun yang lalu.

Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu meneliti, mengambil keputusan dan melaksanakan dasar supaya krisis ini diatasi secepat mungkin. Hakikatnya, negara dapat memulih sehingga hari ini adalah hasil daripada pentadbiran yang cekap walaupun dilontarkan pelbagai tomahan dan persepsi ‘kerajaan gagal’

Adalah kerana keyakinan yang rakyat ada kepada Tan Sri dan keputusan pentadbiran tersebut yang menyumbang kepada kemenangan Perikatan Nasional dalam PRU-15.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat. Bukankah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional wakil suara rakyat seperti didakwa? Bukankah naratif ‘kerajaan gagal’ selalu dimainkan ketika Perikatan Nasional mentadbir?

Kerajaan baru sila buktikan kebolehan yang ada, mencegah supaya kejayaan memulihkan negara oleh kerajaan Perikatan Nasional tidak ‘reverse’. Silap-silap, kerajaan sekarang perlu mencontohi gerak kerja ‘kerajaan gagal’ yang mereka dakwa.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA
PARTI GERAKAN RAYAT MALAYSIA
TIMBALAN KETUA PEMUDA PERIKATAN NASIONAL