Siaran Akhbar

Isu tambak laut, GERAKAN cabar Ketua Menteri Pulau Pinang debat

Apr 29, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berdebat isu pembangunan Pulau Pinang Selatan (PSI) dan Seberang Perai.

Dominic Lau berkata, beliau ingin berdebat mengenai isu itu secara terbuka dan juga memberi Chow Kon Yeow peluang untuk menetapkan tarikh, masa, dan lokasi debat.

“Saya memberi peluang kepada media untuk membuat liputan pada sesi debat itu nanti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 24 Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) hari ini.

Dominic Lau menegaskan bahawa rakyat Pulau Pinang telah membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan projek itu walaupun Kerajaan Pulau Pinang mendakwa rakyat menyokong penuh pelaksaan projek tersebut.

“Beliau (Kon Yeow) berkata badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang hanya tahu mempolitikkan isu projek PSI, namun bagaimana pula dengan suara rakyat seperti golongan nelayan,” tegasnya.

Dominic berkata, laporan jelas menyatakan bahawa projek PSI memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

“Adakah NGO dan golongan nelayan juga mahu mempolitikkan isu PSI, sedangkan projek PSI mempengaruhi sumber pendapatan dan kelangsungan hidup mereka.

“Mereka tidak setuju projek PSI ini, malah NGO dan pakar akademik turut membangkang kerana jika diteruskan, projek itu menyebabkan bekalan air di Pulau Pinang terjejas, selain alam sekitar turut terjejas,” katanya

Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, pada 28 April 2023 jam 7:39 petang semalam, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah membatalkan kelulusan penggunaan Dewan Komuniti Orang Asli Gombak kerana majlis yang diadakan di premis Kerajaan melibatkan parti pembangkang

“Ini telah menunjukkan bahawa Kerajaan Campuran tidak berlaku adil kepada rakyat dan juga parti pembangkang” kata Dominic.

Dominic juga mengriktik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang kerana mendakwa tiada angin perubahan yang dibawa gabungan itu selepas 15 tahun mentadbir.

“PH hanya menabur janji kosong kepada pengundi-pengundi yang memilih mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi