Siaran Akhbar

Jangan Menuding Jari, Ambil Tanggungjawab

Jul 7, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang menuduh bahawa kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap disebabkan oleh kaum bukan Melayu yang tidak keluar mengundi.

Menurut Ketua Penerangan GERAKAN, Wendy Subramaniam kenyataan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga tidak adil kepada pengundi bukan Melayu yang setia menyokong proses demokrasi negara kita.

Wendy berkata, sepatutnya Rafizi membuat rumusan bahawa pengundi bukan Melayu sudah malas mahu melayan cakap kosong dan formula songsong anda. Malah pengundi Melayu sudah tidak suka dengan Pakatan Harapan yang sering kali menindas rakyat.

Pertama sekali, menuding jari kepada satu-satu kaum bukanlah pendekatan yang membina dalam usaha memperkuatkan parti dan meraih sokongan rakyat. Tanggungjawab untuk menang dalam pilihan raya terletak pada kemampuan parti untuk memahami dan memenuhi kehendak serta aspirasi semua rakyat, tanpa mengira kaum.

Tegas Wendy yang juga Timbalan Setiausaha Agung GERAKAN, Rafizi seharusnya introspeksi dan mengkaji kelemahan dalam strategi dan pendekatan PKR yang mungkin telah menyumbang kepada kekalahan ini. Menyalahkan pengundi, lebih-lebih lagi berdasarkan kaum, hanya akan meretakkan lagi perpaduan dan melemahkan kepercayaan rakyat terhadap parti.

Sokongan pengundi tidak dibina dalam sehari, lebih-lebih lagi tidak boleh dianggap sebagai hak semula jadi. Parti anda sepatutnya merenung kembali bagaimana untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan mereka.

Sejak kehilangan Pulau Pinang pada tahun 2008, GERAKAN selama ini menghadapi pelbagai cabaran dan cercaan, namun tetap aktif berkomunikasi dengan pengundi. Walaupun mengalami kekalahan tipis di beberapa kawasan, pernahkah kami menyalahkan pengundi?

Dalam pada itu, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, juga menyatakan dalam Mega Ceramah bahawa PAS juga telah menghadapi banyak kesukaran selama ini. Namun, melalui usaha gigih yang berterusan, mereka akhirnya diterima oleh rakyat dan diberi mandat untuk memerintah empat negeri.

Hang tidak peduli dengan masalah rakyat malah menghapuskan subsidi diesel yang amat penting kepada ekonomi, menyebabkan harga meningkat RM1.20. Siapa yang bagi korang keberanian ini? Pengundi KKB?

Nasib baik, pengundi di Sungai Bakap masih rasional dan tidak terpengaruh dengan janji manis dan janji palsu. Mereka tetap membuat keputusan mereka sendiri walaupun berdepan dengan kesukaran. Sekarang, anda mahu menyalahkan mereka?

Oleh itu, GERAKAN menyeru Raja Formula dan semua pemimpin politik untuk berhenti mencari alasan yang tidak munasabah dan sebaliknya bekerja lebih keras untuk memahami kehendak dan harapan rakyat.

Wendy Subramaniam
Ketua Penerangan
GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi