Siaran Akhbar

Janji dikhianati: Madani tuntut bayaran balik pinjaman PTPTN

Sep 26, 2024

Sebelum pilihan raya, janji dibuat untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi setelah berjaya memerintah, kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap 430,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengkritik PH sebagai kerajaan yang sering penipu, dengan banyak janji pilihan raya yang tidak ditunaikan.

Beliau berkata, sejak Pakatan Harapan memerintah, manifesto pilihan raya dan “janji palsu” adalah sinonim, dan manifesto itu hanyalah dokumen yang penuh dengan pembohongan. Seperti yang selalu diperkatakan oleh orang ramai: “Pakatan Harapan tidak rasa malu, yang malu adalah rakyat”

Menurutnya, Kerajaan PH sentiasa cuba menyembunyikan dan mengelak daripada menunaikan janji pilihan raya berkaitan PTPTN, yang merupakan tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Pakatan Harapan sanggup berbohong demi meraih sokongan sebelum pilihan raya, malah dengan mudah berjanji bahawa sebaik sahaja mereka memerintah, semua hutang akan dihapuskan”

“Ini hanyalah salah satu banyak lagi pembohongan mereka dan kesemuanya hanyalah janji kosong sehingga sekarang tidak ditepati”

Oleh itu, beliau menggambarkan pilihan raya kecil di Mahkota sebagai sangat penting, dan berharap pengundi dapat membela nasib para peminjam yang tertipu oleh Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini Dominic Lau mengingatkan pengundi di Mahkota bahawa untuk negara maju, ia memerlukan pengawasan daripada pembangkang. Perikatan Nasional sudah bersedia menerima mandat daripada pengundi untuk memasuki Dewan Undangan Negeri bagi mengawasi kerajaan.

Walaupun Johor diperintah oleh Barisan Nasional, pada hakikatnya ia adalah bayangan kepada kerajaan perpaduan. Jika tidak, pemimpin PH tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih undi.

Beliau memetic, pantun kegemaran Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan: “Jika pergi memancing, jangan lupa bawa umpan; jika tidak mahu ditipu, jangan undi Pakatan Harapan.”

Dominic Lau menegaskan bahawa walaupun calon yang bertanding di Bawah tiket Barisan Nasional tetapi ia adalah wakil kerajaan perpaduan, jadi sindiran Ahmad Maslan masih relevan.

“Pada Sabtu ini, saya berharap pengundi dapat memberi mesej dengan jelas bahawa kehilangan kerusi DUN Mahkota akan menggugat kuasa di Johor”

Sehubungan itu kerajaan perpaduan pasti akan menilai kekalahan mereka dan tidak lagi mudah-mudah mengkhianati janji mereka kepada pengundi.

YB Senator
Datuk Dr
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi