Siaran Akhbar

Kawal pergerakan pekerja asing dalam industri

Mei 22, 2020

Kuala Lumpur, 22 Mei – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kawalan pergerakan perlu diperketatkan dalam kalangan pekerja asing. Tindakan ini bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik kluster warga asing bertambah menjelang perayaan Aidilfitiri ini.

Memandangkan Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mencatatkan seramai 35 pesakit baru daripada kluster Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan supaya kerajaan mempertimbangkan tindakan kawalan yang lebih ketat dalam kalangan warga asing. Contohnya seperti minimumkan bilangan pekerja asing dalam sektor perindustrian dan menyegerakan serta mewajibkan saringan kesihatan dalam kalangan mereka.

“Biarpun jumlah pesakit tempatan semakin berkurangan, kawalan dan langkah pencegahan tetap perlu diperkasakan untuk membendung berlakunya gelombang kedua dalam negara.”

“Manakala majikan perlu memberi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggalakkan pekerja warga asing melakukan ‘swab test’ sejajar dengan saranan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang mahu semua warga asing disaring dalam semua sektor bulan lalu. Oleh itu, saringan ini perlu disegerakan sebelum tamat tempoh PKPB.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

“Selain itu, kerajaan juga perlu mempertimbangkan agar mengurangkan jumlah pekerja asing dan syorkan penjawatan mereka diganti dengan rakyat tempatan yang mengganggur. Sekaligus dapat menjana pendapatan rakyat.”

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya dengan adanya beberapa kawalan tersebut masalah lambakan warga asing juga dapat dikurangkan pada masa yang sama. Oleh yang demikian, kerajaan harus mempertingkatkan kawalan dan mempergiatkan semua majikan bekerjasama dalam membantu kerajaan memutuskan rantaian pendemik ini.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi