Siaran Akhbar

Kekal Tun M sebagai PM demi kestabilan negara

Feb 25, 2020

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini menyatakan sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Negara demi kesetabilan politik, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dalam negara.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berasa kesal dengan keadaan ketidaktentuan politik dalam negara, malah menyeru supaya ianya dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kesetabilan negara untuk kepentingan semua. Ini adalah juga prinsip yang menjadi keutamaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia selama ini.

“ Negara perlu diterajui, pentadbiran kerajaan tidak boleh terhenti. Ianya akan memberi impak yang besar pada ekonomi negara. Malah makluman yang diterima berkaitan prestasi saham negara semalam juga akan turut terkesan. Oleh yang demikian, kerajaan perlu segera pulihkan situasi ini dalam tempoh yang singkat. Maka dengan itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyokong penuh Tun Dr. Mahathir untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri Negara demi memulihkan dan menstabilkan negara.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian dalam sebuah kenyataanya hari ini.

Selain itu, Datuk Dr.Dominic Lau Hoe Chai mengingatkan bahawa negara kita masih lagi terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Malah ramai peniaga-peniaga dan rakyat dalam negara sedang menanti pakej pemullihan ekonomi yang dijanjikan kerajaan demi meringankan beban perniagaan dan ekonomi serta mengurangkan tekanan hidup mereka. Oleh itu, Tun Mahathir perlu segera bentuk kerajaan untuk kelangsungan pentadbiran kerajaan negara.

Beliau juga menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk terus jaga keamanan negara dan beri khidmat terbaik demi ketenteraman awam manusia sejagat. Malah orang ramai dinasihatkan supaya tidak ambil kesempatan untuk timbulkan kekecauan dalam negara. Sehubungan itu, beliau sangat kagum dengan kesabaran rakyat sepanjang 2 hari ini dalam menghadapi ketidaktentuan politik dalam negara.

Memandangkan Tun Dr. Mahathir telah mendapat sokongan dari parti pembangkang untuk terus kekal jadi Perdana Menteri Negara, beliau boleh bentuk kerajaan gabungan untuk stabilkan keadaan negara sehingga pilihanraya umum akan datang.