Siaran Akhbar

Keluaran KWSP RM10 ribu atau 50% sekali lagi!

Jan 4, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa Kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP maksima RM10,000 atau 50% ( yang mana lagi rendah) kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah tersebut.

Naib Presiden GERAKAN, Baljit Singh berkata, pengeluaran KWSP ini serba sedikit dapat membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang membebankan rakyat dan tidak stabil pada masa ini.

“Inisiatif ini sekaligus dapat meringankan beban mereka dengan kenaikkan harga barang keperluan seperti telur, minyak, ayam dan lain-lain.

“Realitinya masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan lagi terutamanya kepada pemimjam bank yang risau OPR akan naik tahun ini .” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sehubungan itu, Baljit mencadangkan Kerajaan Perpaduan berunding dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pengeluaran tersebut.

“Saya cadangkan Kerajaan boleh membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat”

“Contohnya pencarum hanya boleh keluarkan RM10,000 maksima dan bagi pencarum yang kurang daripada jumlah tersebut hanya dibenarkan 50% daripada jumlah baki sedia ada” ujarnya.

“Permainan politik patut diberhentikan kerana Pilihanraya sudah selesai dan sekarang adalah masa membantu rakyat” tambahnya

GERAKAN yakin dan percaya inisiatif ini sangat membantu rakyat untuk menjadi wang simpanan juga ekoran daripada kemungkinan berlaku gelombang kedua varian baharu COVID-19.

BALJIT SINGH
NAIB PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi