Siaran Akhbar

Kenaikkan kadar duti setem, bebanan baru kepada rakyat

Feb 10, 2025

Ketua Biro Hak Asasi Manusia Gerakan Chai Ko Thing mengecam keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar duti setem bagi perjanjian penyewaan bermula 1 Januari 2025, yang merupakan satu tindakan yang membebankan rakyat secara tidak wajar. Pindaan ini jelas tidak berpihak kepada rakyat, malah menambah kesengsaraan mereka yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sebelum ini, rakyat menikmati pengecualian duti setem sehingga RM2,400 setahun. Namun, dengan pindaan terbaru, pengecualian ini dimansuhkan sepenuhnya, memberi kesan besar kepada penyewa rumah dan bilik, terutamanya mereka dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan jelas ingin mengutip lebih banyak wang daripada rakyat dan mengutipnya dengan lebih cepat. Dengan kadar baharu ini, kerajaan akan memperoleh hasil lebih tinggi daripada transaksi penyewaan, namun ia dilakukan tanpa mengambil kira kesan langsung terhadap golongan penyewa yang kebanyakannya adalah rakyat biasa yang berusaha untuk bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

GERAKAN menyoal adakah agensi yang bertanggungjawab seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat hebahan ataupun menerangkan sebab kenapa kadar duti setem naik sehingga membebankan rakyat terutamanya golongan B40 ke bawah.

Tindakan ini hanya akan memberi tekanan kepada rakyat yang sudah pun terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat. Penyewa rumah dan bilik akan menjadi mangsa utama, dan ini berkemungkinan menyebabkan kenaikan kadar sewa yang lebih tinggi apabila pemilik hartanah mula memindahkan beban kos ini kepada penyewa.

GERAKAN juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersuara dan mendesak kerajaan agar menerengkan sebab-sebab yang munasabah ataupun membatalkan kenaikan kadar duti setem ini.

CHAI KO THING
KETUA BIRO HAK ASASI MANUSIA GERAKAN
10 Feb 2025

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi