Siaran Akhbar

Keputusan Kerajaan PN sebelum ini buat rayuan mengenai isu Kalimah Allah adalah tepat

Mei 22, 2023

Keputusan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini memfaikan rayuan menggunakan saluran perundangan dan kehakiman dalam kes penggunaan Kalimah Allaha adalah tepat.

Saya bersetuju dengan Kerajaan terdahulu (PN) kerana menggunakan badan kehakiman daripada kuasa politik untuk menyelesai isu Kalimah Allah.

Pelbagai persepsi daripada rakyat Malaysia dalam isu Kalimah Allah ini tetapi apa yang rakyat mahukan adalah keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

Keputusan Kementerian Dalam Negeri atau Kerajaan Campuran menarik balik rayuan Kalimah Allah baru-baru ini dilihat seperti adanya campur tangan politik.

Pada masa yang sama saya ingin tahu adakah keputusan tarik balik rayuan itu mewakili akar umbi rakyat terumatanya orang Islam?

Tambahan lagi, perkara ini sudah tersebar dan menimbul kegusaran terhadap masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Islam.

Saya menenkankan betapa pentingnya kepada rakyat keputusan yang tepat dan sahih daripada Mahkamah Persekutuan tanpa campur tangan kuasa politik. Sebab ini soal kepentingan awam. Biar mahkamah tentukan bukan ahli politik.

Apa jua keputusan rakyat akan terima. Soal penerimaan, bersetuju atau tidak diantara orang Islam dan bukan Islam itu isu lain.

Diingatkan Kerajaan Campuran lebih telus dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan keagamaan.

MAK KAH KEONG
Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi