Siaran Akhbar

Kerajaan Campuran ambil mudah dalam manangani masalah rakyat & negara

Apr 5, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam Kerajaan Campuran kerana ambil mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan negara dan rakyat.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata Kerajaan hari ini dilihat mengamalkan pentadbiran sambil lewa dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah negara.

Jelas Koo, sebelum ini mengenai isu harga ayam, Menteri Ekonomi berkata jangan makan ayam, mengenai isu telur, Kerajaan kata jangan makan telur, cari makanan lain dan berhubung isu KWSP, Kerajaan suruh pinjam bank.

Terkini, bagi menyelesaikan isu ketagihan rokok elektronik, Kerajaan membuang cecair nikotin daripada bahan kawalan di bawah Akta Racun.

“Ini menunjukkan Kerajaan sekarang tidak tahu menyelesaikan masalah, tetapi lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat. Tindakan tersebut tidak menyelesaikan masalah ketagihan malah menggalakkan lagi orang merokok”

“Ia berbeza dengan Kerajaan sebelum ini yang membuat jalan penyelesaian berkaitan rokok atau rokok elektronik dengan membuat Akta Larangan Merokok terhadap generasi muda serta jarak tiga meter untuk hisap rokok dari kedai makan” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesan daripada sikap sambil lewa Kerajaan mengenai isu ketagihan rokok elektronik menyebabkan ramai generasi muda akan terus menghisap vape atau rokok elektronik dengan tanpa rasa bersalah, sekali gus akan ketagih dengan nikotin.

Beliau juga Ketua Penerangan GERAKAN menggesa Kerajaan menangani masalah negara dan rakyat dengan cara yang betul supaya tidak membebankan rakyat dan tidak merugikan negara.

KOO SHIAW LEE
NAIB PRESIDEN PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi