Siaran Akhbar

Kerajaan dilihat berperangai pembangkang ‘Gila Kuasa’

Jul 20, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia menggesa kesemua pengundi di enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, dan Pulau Pinang untuk menolak Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Datuk G Parameswaran berkata, rakyat kini perlu mengetahui bahawa PH-BN tidak mampu mengawal ekonomi negara serta gagal menjaga kebajikan rakyat sebagai kerajaan.

“Harga barang meningkat, rakyat semakin terbeban. Kini kerajaan semakin galak guna undang-undang tekan lawan politik”

“Sebagai kerajaan, mereka perlulah menyelesaikan masalah ekonomi dan kebajikan rakyat. Bukannya fokus untuk menjatuhkan parti pembangkang” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Parameswaran, bukan itu sahaja, kini PH-BN masing-masing masih bersikap seperti pembangkang yang “gila kuasa”. PH-BN sengaja memainkan isu sensitif untuk menonjolkan parti mana paling berkuasa.

“Kini serangan demi serangan, fitnah demi fitnah dihadapkan kepada Perikatan Nasional malah mereka berkomplot untuk menjatuhkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi dikatakan pemimpin PN yang paling ditakuti oleh PH-BN.

“Kalau mereka hanya fokus untuk menjatuhkan Sanusi, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang kini sedang menghadapi kesusahan. Adakah bermain politik lagi penting daripada menyelesaikan masalah rakyat” tegasnya.

Jadi, rakyat harus sedar bahawa kerajaan hari ini “gila kuasa” seronok menyebarkan fitnah terhadap Perikatan Nasional. Disebabkan nafsu membuak mereka bermain politik, rakyat pula menjadi mangsa terpaksa menerima beban hanya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka.

 

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi