Siaran Akhbar

Kerajaan harus memperbanyakkan saringan kesihatan

Apr 10, 2020

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berpendapat kerajaan harus memperbanyakkan saringan kesihatan sebagai syarat utama untuk mengurangkan risiko penyebaran pandemik pada fasa kedua.

Beliau berkata, saringan secara besar-besaran akan membolehkan orang yang dijangkiti dapat dikenal-pasti awal, dirawat dan diselamatkan. Sekaligus dapat membantu kerajaan mencegah pandemik ini dengan lebih berkesan.

“Kita boleh lihat negara-negara yang berjaya menangani wabak ini seperti Jerman dan Korea Selatan. Jerman mencatatkan kes wabak ketiga tertinggi di Eropah tetapi jumlah kematiannya adalah agak rendah. Contohnya, Jerman mempunyai kapasiti untuk membuat saringan sehingga 200 ribu orang setiap hari.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

Di Asia, Korea Selatan juga berjaya membendung penyebarannya dengan memperkasakan kaedah pengesanan di negara mereka. Setiap hari seramai 20 ribu orang akan disaring. Namun di Malaysia, keupayaan mengesan kita berada di tahap yang rendah kerana kekurangan peralatan saringan serta petugas barisan hadapan.

Beliau mencadangkan kerajaan perlu memperluaskan skop kajian untuk “tracing contact” dengan menggunakan telefon pintar dan kecanggihan teknologi terkini. Ia dapat mewujudkan rangkaian khusus antara pihak hospital dan pesakit.

Beliau merujuk maklumat dari Majlis Keselamatan Negara menerusi tinjauan dalam talian berkenaan dengan perintah kawalan. Lebih 88% netizen menyokong tempoh PKP dilanjutkan. Oleh itu, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengatur pengoperasian semula.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi