Siaran Akhbar

Kerajaan Madani hari ini tidak serius tangani masalah ekonomi dan rakyat

Okt 3, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli meletak jawatan ekoran daripada kemerosotan nilai ringgit sehingga ke paras 4.72 berbanding dolar AS.

Menurut Dominic Lau, Malaysia dalam keadaan tenat dan ekonomi negara sedang mengalami kemerosotan apabila kadar ringgit mencatat 4.72 merupakan paras terendah yang direkodkan sejak November tahun lalu.

Bank Dunia juga telah menurunkan unjuran ekonomi Malaysua tahun ini daripada 4.3% kepada 3.9%. Ini adalah fakta yang tidak boleh diabaikan.

“Sudah hampir setahun Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PHBN) berkuasa dan kejatuhan nilai ringgit dilihat semakin teruk. Ini jelas menunjukkan ketidakcekapan kerajaan hari ini dalam menguruskan ekonomi dan negara”

“Kerajaan dilihat tidak begitu serius tangani masalah ekonomi dan kemelut rakyat. Semua polisi yang dilaksanakan bukan untuk memulihkan ekonomi bahkan memburukkan lagi keadaan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Dominic Lau, disaat kehidupan rakyat Malaysia hari ini berada dalam kesempitan dengan kos sara hidup meningkat dan kadar gaji minima tidak dinaikkan, kerajaan PH-BN membangunkan negara sambil lewa dan menutup mata mengenai masalah-masalah yang timbul.

Beliau turut menyeru semua rakyat bangkit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan hari ini, dan meminta kerajaan bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat dan negara.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi