Siaran Akhbar

Kerajaan Madani tak hormat pada sistem kehakiman negara

Sep 8, 2023

Baru dua hari lepas, Jabatan Peguam Negara melepaskan 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi. Semalam seorang lagi pemimpin Amanah dilepaskan daripada kes serangan tidak bermoral.

Dalam kes ini, Jabatan Peguam Negara turut mengambil pendekatan sama apabila menarik balik pendakwaan terhadap tertuduh sehingga memaksa mahkamah mengambil keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA)

GERAKAN berpendapat Kerajaan Madani yang dibentuk oleh PHBN hari ini bukan sahaja menunjukkan rasa tidak hormat kepada sistem kehakiman negara dengan kes gangguan seksual tetapi memberi tamparan hebat kepada kaum wanita terutamanya kepada mangsa ganguan seksual.

Saya mengutuk sekaras-kerasnya tindakan Kerajaan PHBN kerana menyalahguna kuasa dan cuba memutihkan imej kluster mahkamah yang melibatkan pemimpin PHBN.

Nampaknya perkara ini sudah menjadi keutamaan PHNBN.Sebaliknya isu pemulihan ekonomi sudah tidak penting seperti masalah kekurangan beras putih berlaku selama dua bulan dan penurunan jumlah eksport selama lima bulan berturut-turut tidak ditangani dengan cekap dan efisen.

Saya menyeru Kerajaan PHBN dan Jabatan Peguam Negara menghentikan segala amalan menarik balik kes. Biar semua kes yang melibatkan pemimpin politik seperti rasuah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram, seksual dan sebagainya dibicarakan dalam prosedur kehakiman yang bersih dan bebas. Ia memberi peluang kepada mangsa dan rakyat untuk menilai dan paling penting mendapat keadilan.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia