Siaran Akhbar

Kerajaan Mcdani fokus jatuhkan pembangkang bukannya selesaikan masalah rakyat

Mac 18, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menyoal tindakan Kerajaan Campuran yang kini sentiasa menyebelahi pihak agensi atau mana-mana syarikat berbanding kepentingan rakyat.

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau tidak faham Kerajaan Campuran hari ini, setiap kali ada masalah berkaitan penurunan sesuatu perkara atau kemahuan rakyat mesti diabaikan.

“Contohnya seperti penurunan OPR, turunkan harga barang,keluar KWSP,sudah pasti jawapan atau alasan mereka (Kerajaan)mempertahankan pihak agensi atau syarikat berkaitan.

“Ini bukan yang rakyat mahukan. Rakyat mahu jalan penyelesaian seperti jatuhkan harga barang tetapi apa yang Anwar buat, jatuhkan musuh politik. Jadi kepentingan rakyat letak dimana? katanya pada sidang media hari ini selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.

Pada masa yang sama, Dominic Lau memberitahu Pada 24 March 2023(Jumaat) hadapan, GERAKAN akan menyambut ulang tahun penubuhan ke-55.

Walaupun GERAKAN masih tidak berjaya memperoleh kerusi dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Melaka, PRN Johor, dan Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.Tetapi tetap bangga berjuang bersama-sama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional,melawan pemerintahan yang zalim, tidak profesional dan kleptoraksi.

Berbalik pada isu kepentingan rakyat, Dominic Lau mengkritik tindakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke kerana tidak berupaya menyelesaikan masalah harga syiling tiket kapal terbang.

“Menurut Anthony, penurunan harga boleh menjejaskan dan memberi kesan buruk kepada sektor penerbangan.

“Ia saya tidak nafikan tetapi Kerajaan juga boleh nasihat atau beri amaran tegas kepada syarikat penerbangan yang menaikkan harga melampau akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP)2011,” jelasnya.

Dalam pada itu, berkenaan kes Kapal Tempur Pesisir, Dominic Lau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengambil tindakan kepada semua individu yang terlibat tanpa mengira pangkat atau status.

“Sesiapa sahaja yang terlibat perlu dipanggil! walaupun individu tersebut orang kenamaan, menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri sekalipun.

“GERAKAN menyambut baik perkara ini dan saya yakin SPRM akan melakukan kerja dengan amanah, adil dan tegas,”ujarnya.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN