Siaran Akhbar

Kerajaan Pakatan Harapan sudah menipu rakyat dua kali minggu ini

Dis 7, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya memegang jawatan 2 minggu telah menipu rakyat 2 kali, iaitu melantik orang yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menipu rakyat bahawa harga telur akan diturunkan.

Beliau berkata, pengumuman daripada Anwar Ibrahim pada 5 Disember bahawa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memaklumkan penurunan harga telur semalam 6 Disember, sebaliknya Menteri hanya umum langkah import telur bagi memenuhi keperluan pasaran, bukan turun harga.

“Kerajaan baharu ini sekali lagi menipu rakyat dengan mengatakan harga telur akan diturunkan, tetapi harga tak turun sama sekali. Ini tak kencing ke?”

“Adakah kerajaan faham punca utama kekurangan telur di pasaran ketika ini? Bukan disebabkan oleh masalah kapasiti pengeluaran, tetapi soal harga dan subsidi.

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memetik bahawa dilema sebenar yang dihadapi oleh penternak ayam dan telur kini adalah kos makanan ayam paling tinggi, walaupun dengan subsidi yang diberikan oleh kerajaan, mereka masih tidak dapat mengimbangi harga kos tersebut.

“Kesannya, ramai penternak telur menghadapi masalah aliran tunai yang serius, ia telah menyebabkan banyak ladang kecil gulung tikar.

“Malah penternak sederhana dan besar ladang juga perlu mengurangkan pengeluaran bagi meringankan beban kerugian,” tegasnya

Beliau percaya bahawa pengumuman kerajaan mengimport telur adalah penyelesaian kepada isu ini tetapi bukannya punca utama, kerana harga telur import sudah boleh pasti tidak akan murah berbanding daripada telur pengeluaran dalam negara kita.

“Walaupun langkah ini dapat menstabilkan bekalan telur di pasaran, tetapi rakyat terpaksa makan telur yang mahal dan harga makanan lain yang berasaskan telur seperti kek, biskut, roti dan makanan bermasak juga mungkin meningkat dengan sewajarnya.”

Dominic Lau menyarankan kerajaan perlu berkomunikasi dengan pihak industri, supaya dapat mencapai situasi menang-menang atau kata sepakat yang terbaik.

Ia termasuk meningkatkan subsidi telur bagi menggalakkan penternak-penternak tersebut meningkatkan pengeluaran telur dan memastikan rakyat dapat membeli telur dengan harga lebih rendah.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi