Siaran Akhbar

Kerajaan perlu beri jaminan hak kebebasaran suara rakyat

Jul 30, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi mewujudkan persekitaran siber yang lebih selamat. Namun, beliau bimbang undang-undang baru ini akan mengehadkan kebebasan bersuara, terutamanya kebebasan bersuara media.

Beliau tidak mahu kerajaan mengambil kesempatan untuk memanipulasi undang-undang ini bagi mengehadkan ruang bersuara. Kerajaan perlu menjamin kebebasan bersuara rakyat, terutamanya media sebagai mata dan telinga rakyat, bagi memastikan kerajaan mentadbir dengan lebih baik.

Beliau berkata, walaupun Pakatan Harapan (PH) telah lama mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara, dengan mengamalkan ‘double standard’ dengan menggunakan slogan politik ‘janji kosong’ dan bertopengkan perjuangan palsu untuk menutup manipulasi politik dan ketidakadilan sosial.

Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan perpaduan, mereka sering menggunakan pelbagai saluran untuk menindas kebebasan bersuara demi mengekalkan kuasa dan perjuangan politik mereka, termasuk campur tangan dalam berita dan menyekat kebebasan bersuara di media sosial.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk menjelaskan mengapa agensi media rasmi, Bernama, masih belum membuka ruangan komen di halaman Facebook mereka sehingga kini, yang secara langsung mengehadkan hak rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai berita. Perlembagaan negara menjamin kebebasan bersuara, tetapi tindakan Bernama cenderung bersikap konservatif, mengapa takut dengan pendapat rakyat?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Dominic mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa sebelum tahun 2018, ada kumpulan tertentu yang menggunakan tentera siber untuk menyerang kerajaan, tetapi kerajaan pada masa itu tidak mengambil tindakan terhadap mereka walaupun berada dalam keadaan terancam; tidak seperti sekarang, pengguna media sosial yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan kerajaan akan dikenakan sekatan.

“Terdapat banyak kes yang menunjukkan dasar ‘double standard’ oleh kerajaan perpaduan. Jika menggubal undang-undang untuk mengehadkan hak dan kebebasan bersuara rakyat, ia adalah tidak wajar. Jika terdapat unsur fitnah atau pencemaran yang mengancam ketenteraman awam, kerajaan harus menggunakan undang-undang sedia ada untuk mendakwa individu yang terlibat di mahkamah.”

Beliau menegaskan bahawa kebebasan bersuara tertulis dalam Perlembagaan negara dan tiada sesiapa pun boleh sewenang-wenangnya menindasnya berdasarkan politik semasa. Beliau berharap kerajaan tidak mengenakan sekatan yang berlebihan dan mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan media.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi