Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Kerajaan perlu praktis ubatan lain untuk merawat COVID-19

Apr 2, 2020

Berdasarkan laporan graf yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, momentum pandemik yang mendatar sejak akhir-akhir ini menunjukkan keberkesanan peruntukan PKP dalam mengekang wabak Covid-19 dalam negara.

Biarpun terdapat peningkatan kes setiap hari, sebanyak 645 kes telah berjaya dirawat dan dibenarkan pulang termasuk sebanyak 108 kes semalam. Di samping kaedah kawalan kontak sosial dan pergerakan, penguatkuasaan tangkapan harus diteruskan ke atas yang masih degil dan yang merumitkan keadaan. Pihak berkuasa juga perlu berlaku adil dalam menetapkan hukuman yang setimpal, saksama dan yang masih berprinsipkan ‘humanity first’.

Selain itu, memandangkan penemuan vaksin adalah penting dalam urusan pencegahan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan kerajaan mempertimbangkan penggunaan ubatan jenis Hydroxychloroquine dan Azithromycin dalam merawat Covid-19.

Penemuan Negara Perancis dan China ini telah membuktikan keberkesanannya ke atas pesakit Covid-19. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan juga boleh menggunapakai kaedah tersebut, jika benar ianya terbukti berkesan. Ia bertujuan untuk mengawal jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat dalam tempoh PKP.

Sehingga semalam jumlah pesakit yang disahkan positif telah mencapai jumlah 2908 kes. Manakala lebih 7600 kes lagi masih menunggu keputusan saringan kesihatan. Oleh itu, kerajaan perlu usahakan apa jua kaedah mempercepatkan keberkesanan dalam merawat pesakit Covid-19.

Tempoh PKP tinggal 12 hari sahaja lagi, jadi kerajaan perlu manfaatkannya sebaik mungkin untuk bebaskan negara daripada wabak Covid-19. Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih pada lebih 2359 sukarelawan yang sudi menawarkan perkhidmatannya dalam membantu petugas barisan hadapan negara memerangi wabak Covid-19.

Kekallah duduk di rumah demi mengurangkan risiko penyebaran wabak dalam negara.

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah berbincang kemungkinan untuk membuka stesen pengambilan vaksin dalam satu perbincangan secara maya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

baca lagi