Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Kerajaan Telah Mencuba Untuk Mempercepat Proses Vaksinasi

Jun 3, 2021

Statistik menjelaskan bahawa penurunan kes janggitan Covid-19 harian berkait rapat dengan kadar immunisasi di sesebuah negara. Dilaporkan oleh BBC di United Kingdom, 39 juta iaitu 75% daripada populasi orang dewasa telah menerima 1 dos vaksin dan semalam mencapai sifar kes kematian akibat Covid-19. Di Amerika Syarikat pula, 600 ribu kanak-kanak dari umur 12 hingga umar 15 telah menerima vaksin.

Saya percaya bahawa kerajaan sedar tentang realiti ini dan telah mencuba untuk mempercepat proses vaksinasi. Antaranya merunding semula untuk mengawalkan jadual penerimaan vaccine, menambah pusat pemberian vaksin (PPV) mega, menempatkan unit bergerak vaksinasi dan lain-lain. Klinik swasta pun telah diagihkan vaksin sejak beberapa bulan yang lepas, tetapi kadar vaksinasi masih rendah.

Antara sebab kadar vaksinasi rendah boleh dikaitkan dengan keyakinan masyarakat awam yang rendah terhadap berkesanan vaksinasi, kegelisahan tentang kesan sampingan selepas vaksinasi, tidak dapat hadir kerana penempatan PPV jauh daripada kawasan luar bandar dan lain-lain.

Pada masa yang sama, sebenarnya ramai dalam kalangan kita ingin mengambil vaksin tetapi masih menunggu giliran. Ini dapat dilihat ketika ramai marah dengan kerajaan semasa mereka gagal mendapat vaksinasi Astra Zeneca. Jadi issue ini disebabkan sama ada kita tiada bekalan vaksin yang mencukupi atau terdapat kelemahan dalam sistem yang menyebabkan ramai tidak dapat mengambil vaksin. Saya difahamkan ini berkaitan dengan sebuah syarikat ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang terlibat dalam pengedaran vaksin. Saya berharap supaya Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum dan mempercepatkan proses pengedaran vaksin.

Saya ingin mencadangkan supaya vaksin yang akan datang nanti diedarkan kepada klinik-klinik swasta di seluruh Malaysia. Ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah tidak hadir yang disebabkan oleh masalah logistik ataupun perlu menunggu giliran akibat PPV yang terhad. Sekiranya bekalan vaksin mencukupi, sistem pengedaran tidak boleh menjadi sebab halangan vaksinasi kepada orang ramai.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA