Siaran Akhbar

Kes Pembunuhan Farah Kartini

Jul 19, 2024

Dalam kes pembunuhan yang melibatkan Farah Kartini, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) ingin menekankan bahawa orang awam tidak seharusnya menyalahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan, walaupun pelakunya mungkin adalah anggota polis.

Menurut Naib Presiden GERAKAN, Dato Baljit Singh, PDRM berkomitmen untuk menegakkan keadilan dan memastikan bahawa setiap individu yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang, memohon orang awam untuk tidak membuat andaian atau kesimpulan yang boleh mencemarkan nama baik keseluruhan institusi PDRM berdasarkan tindakan segelintir individu.

Jangan disebabkan ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’. PDRM sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa lain yang terlibat untuk memastikan siasatan berjalan dengan lancar dan adil.

“Jangan risau GERAKAN akan cuba untuk memberikan perkembangan terkini mengenai kes ini kepada orang awam bagi membantu pihak PDRM menangani tanggapan negetif ini”

Orang ramai dinasihatkan memberi sokongan dan kepercayaan anda dalam usaha PDRM untuk menegakkan undang-undang dan ketenteraman negara. Sila berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan teliti dan adil.

Dato Baljit Singh
Naib Presiden
GERAKAN