Siaran Akhbar

Ketua Pemuda pelawa KJ sertai GERAKAN

Jan 28, 2023

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan pemecatan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau dikenali sebagai KJ atas pelanggaran disiplin parti kerana kesalahan ketika PRU-15.

Pada hemat saya, keputusan MKT UMNO ini tidak wajar kerana KJ seorang ahli politik yang berkaliber dan berjaya memberi tekanan kepada pihak lawannya di Sungai Buloh ketika PRU yang lalu. Majoriti yang dimenangi calon PKR dikurangkan dari 10 ribu ke seribu terbukti satu-satunya kubu kuat Pakatan yang hampir-hampir kalah.

Sesungguhnya KJ menjadi ahli politik yang kalah besar dalam PRU-15 (biggest casualty) kerana kalah disebabkan sentimen buruk terhadap BN tetapi akhirnya PH bergabung bersama BN untuk menjadi kerajaan. Malah ini tidak patut berlaku kerana KJ membuktikan antara menteri paling perform semasa era Covid. Keputusan ini tidak adil untuk KJ.

Namun begitu, kami mengalu-alukan keahlian KJ ke parti GERAKAN. Kami percaya pada titik paling rendah dalam karier politik beliau, kami boleh memberi sokongan kepada beliau. Ideologi parti GERAKAN berteraskan keserdahanaan dan dengan kredibiliti yang ada beliau, saya pasti ini akan memberi nafas baru kepada KJ.

Walaupun KJ pernah memainkan isu perkauman kononya pengundi Melayu di Pulau Pinang tidak diberi perhatian yang cukup semasa beliau masih lagi dalam Pemuda tetapi kami sanggup memaafkan beliau kerana kita sedar kita semua manusia, manusia mesti pernah buat salah.

Saya yakin dan percaya GERAKAN merupakan platform yang sesuai kepada KJ buat masa sekarang. Kami mengalu-alukan kedatangan KJ sebagai ahli parti GERAKAN.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA