Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Kompaun RM1000 Op COVID-19

Apr 9, 2020

Berhubung dengan pengumuman kerajaan bahawa individu-individu yang masih degil dan ingkar arahan PKP akan mula dikenakan kompaun sebanyak RM1000. Pesalah PKP akan berhadapan dengan hukuman sekiranya gagal menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh 14 hari. Tindakan ini diharap dapat membantu kerajaan mengurangkan risiko penularan pandemik ini terus tersebar dalam negara.

Biarpun PKP tinggal 5 hari sahaja lagi, petugas barisan hadapan masih perlu tegas dalam menjalankan Op Covid-19 di semua sekatan jalan raya. Sehingga 7 April, sebanyak 66 anggota polis disahkan positif Covid-19, manakala 1225 lagi sedang dikuarantin di kediaman sendiri. Perkara ini amat mendukacitakan. Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia merayu supaya semua rakyat mematuhi arahan PKP. Kasihanilah petugas barisan hadapan yang sedang berjuang berhabis-habisan demi semua rakyat dalam negara.

Arahan dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah supaya kompaun yang dikenakan tidak boleh dirayu mahupun diberi diskaun adalah wajar. Perlaksanaannya adalah demi mengelakkan orang ramai mengulangi kesilapan sama dalam tempoh PKP ini.

Sejak pelaksanaan PKP 18 Mac lalu, peningkatan kes kumulatif Covid-19 semakin meningkat. Dengan penguatkuasaan bayaran kompaun ini, diharap yang degil dapat mengambil iktibar dan tidak bertindak sesuka hati dalam tempoh PKP.

Jika penguatkuasaan kompaun ini tetap tidak berkesan mengurangkan jumlah penyebaran wabak Covid-19, Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak menolak kemungkinan tempoh PKP akan dilanjutkan lagi sehingga suatu tempoh tertentu. Keadaan ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan ekonomi dalam negara. Oleh itu, kekallah tinggal di rumah. Jangan berkeliaran.

华人还会相信吗?

华人还会相信吗?

祖国斗士党署理主席拿督斯里慕克里兹表示不排除,马哈迪和公正党主席安华可能在下届大选合作.

baca lagi