Siaran Akhbar

KSM Perlu Beri Kelonggoran Ibu Yang Baru Lepas Cuti Bersalin Pulang Kerja 2 Jam Awal

Mac 30, 2022

Kementerian Sumber Manusia wajar memberikan kelonggoran kepada para ibu yang baru lepas bersalin sekurang-kurangnya pulang kerja 2 jam awal daripada biasa.

Menurut Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, kelonggoran ini diberi keutamaan kepada para ibu yang mengandung yang kembali bekerja selepas cuti 98 hari.

“Pendapat saya, mereka (para ibu) sekurang-kuranyanya 2 jam awal diberi pulang ke rumah selama tempoh 3 bulan. Ini adalah bagi menggalakkan para ibu menyusukan bayi mereka.

“Bukan senang menjadi seorang ibu yang bekerja, mereka juga seperti yang lain, perlu bangun awal, sesak dalam trafik, masuk kerja dan pikul amanah yang dipertanggungjawabkan,”katanya pada sidang parlimen.

Bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang mengutamakan para wanita, saya memohon kementerian
mempertimbangkan klausa mewajibkan majikan untuk membenarkan para ibu yang mula bekerja selepas cuti bersalin diberi kelonggaran seperti berikut.

“Biarlah mereka balik awal ke rumah, tengok bayi mereka. Saya berharap cadangan ini boleh dimulakan dalam sektor kerajaan dengan kadar yang segera,”jelasnya.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN