Siaran Akhbar

Kualiti Timbalan Menteri, Kerajaan Anwar seperti lepas batuk ditangga!

Apr 14, 2023

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K. Saraswathy kerana tidak membuat persediaan awal dalam sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menegaskan, pada persidangan yang lalu, Timbalan Menteri itu telah disoal mengenai pendekatan merentasi (perbincangan) kementerian lain untuk program-program dan bantuan kepada usahawan-usahawan muda, tetapi Saraswathy tidak faham soalan dan memberi jawapan mengenai pertindihan projek.

“Ini telah menunjukkan bahawa Kerajaan Campuran tidak profesional dan tidak layak menjadi Kerajaan”

“Saya meminta Timbalan Menteri itu untuk menjelaskan sama ada mereka telah berbincang dengan Kementerian lain mengenai pendekatan merentas kementerian lain kerana ia memberi lebih banyak peluang kepada golongan muda” katanya dalam satu kenyataan hari semalam

Timbalan Menteri memberitahu terdapat 69 projek telah dianjurkan dan melibatkan penerimaan dana sebanyak RM8.6 bilion. Kementerian juga menghadapi cabaran sama ada terdapat sebarang pertindihan dalam rancangan yang dilaksanakan.

“Sebagai Timbalan Menteri, Saraswathy perlu mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai dasar dan langkah yang betul”

“Saya meminta Saraswathy mengambil serius dalam soal jawab ketika persidangan Dewan Negara dan menyediakan segala jawapan dan maklumat yang terdapat berkaitan isu yang berbangkit” ujarnya.

Dominic Lau berharap Kementerian dapat mengukuhkan kerjasama bersama Kementerian lain bagi melahirkan ramai lagi usahawan yang berkualiti.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN