Siaran Akhbar

Kuatkuasa penyahbasmian kuman di semua zon merah

Apr 8, 2020

Sejak perintah PKP dilaksanakan, kes Covid-19 terus meningkat naik. Malah, Selangor mencatatkan jumlah peningkatan di kawasan Zon Merah paling serius berbanding negeri lain. PKPD penuh telah dilaksanakan di Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, yang mencatatkan 15 kes. Sekaligus menyebabkan lebih 6000 penghuni flat di sekitar kawasan tersebut turut dikuarantin dan diarahkan menjalani saringan.Jumlah kes yang direkodkan di Selangor kini sudah mencecah 1020 kes.

Memandangkan jumlah peningkatan ini semakin serius, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan kepada kerajaan untuk menguatkuasakan perlaksanaan penyahbasmian kuman secara keseluruhan untuk mengelakkan pertambahan tempoh PKP selepas 14 April. Juga menambah kekerapan sanitasi di lokasi Zon Merah untuk melupuskan rantaian Covid-19.

Selain itu, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysia mencatatkan 69 kes Covid-19 yang direkodkan adalah kes sporadik. Oleh itu, kerajaan perlu menyegerakan ujian vaksin untuk mengawal radang Covid-19 ke atas pesakit. Manakala kawalan PKP perlu terus diperkasakan dengan mod tegas untuk memastikan rangkaian Covid-19 ini dapat diputuskan sebelum 14 April.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap Kerajaan Malaysia tidak berputus asa dalam perjuangan ini. Oleh itu, semua rakyat perlu bekerjasama memerangi Covid 19.