Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Lim Guan Eng Perlu Buat Kajian Sebelum Buat Tuduhan

Apr 9, 2021

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai membantah dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyatakan Malaysia tidak dijemput untuk mengambil bahagian dalam AS Sidang Kemuncak Tindakan Perubahan Iklim bulan ini adalah sebab Malaysia membenarkan kemasukan sampah plastik.

“Semua kata ini tidak masuk akal kerana Vietnam dan Indonesia yang dijemput hadir sidang kemuncak tersebut memang membenarkan kemasukan sampah dari negara lain. ”

“Oleh itu saya harap Lim Guan Eng berhenti menyebarkan berita palsu atau tuduhan ini.”
Beliau kata demikian dalam satu kenyataan.

Sebelum ini dalam satu kenyataan lain, DAP mengkritik Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menyindir PAS susulan tindakan Amerika Syarikat “menyisihkan” Malaysia daripada Sidang Kemuncak Tindakan Perubahan Iklim pada 22 April ini.

Dia menegaskan bahawa kerajaan Malaysia, baik Pakatan Harapan sebelum ini atau Perikatan Nasional mempunyai mandat yang sama iaitu menolak sekeras-kerasnya Malaysia menjadi tempat pembuangan sampah untuk menjadi negara maju.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang terbaik menyelesaikan masalah sampah asing ini terutamanya sampah asing yang diimport secara haram.

Antara tindakanya adalah penguatkuasaan yang lebih ketat dan kerajaan juga bakal mengumumkan bahawa mulai Jun 2021, kerajaan akan mengenakan sekatan pada plastik diimport dalam negeri dan bayaran sebanyak RM20 setiap tan metrik dikenakan untuk kitar semula sisa plastik.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengatakan bahawa perlidungan Alam Sekitar merupakan salah satu daripada sembilan ideologi Parti GERAKAN.

Kita akan membentang satu cadangan yang komprehensif kepada kerajaan Perikatan Nasional supaya mengharamkan kemasukkan sampah asing untuk tempoh lima tahun akan datang.

Di samping itu, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya bahawa sebab lain mengapa Singapura, Vietnam dan Indonesia dijemput pada persidangan tersebut adalah kerana ketiga-tiga negara ini menghadapi masalah iklim yang teruk.

Contohnya asap pembakaran yang dihasilkan daripada Indonesia, setiap tahun negera-negara jiran terkena tempias sehinggakan menjadi punca jerebu. Pada Januari 2020, lebih daripada 130,000 orang mati di negara ini kerana masalah pencemaran udara.

Selain itu, perkembangan ekonomi yang pesat di Vietnam merupakan salah satu punca terjadinya pencemaran alam sekitar di negara terbabit.

Di Ho Chi Minh dan Hanoi terdapat fenomena jerebu jangka panjang dan kedua-dua bandar ini tersenarai bandar paling tercemar di Asia Tenggara sekaligus ia mencapai tahap yang boleh mempengaruhi kesihatan manusia.

Singapura juga menghadapi masalah kenaikan permukaan laut, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong juga menunjukkan bahawa permukaan laut Singapura akan meningkat 1 meter dalam 80 tahun ke depan. Apabila air hujan tidak dapat diselesaikan melalui saluran paip yang ada, seluruh negara mungkin terjejas.