Siaran Akhbar

Lim Hui Ying Lambat Bertindak Mengenai Isu Cukai Dikenakan Terhadap TCM

Jan 11, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menyoal tindakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying kerana lewat berunding dengan Menteri Kewangan 2 mengenai pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 8% terhadap perubatan tradisional dan komplementari (TCM).

Ketua Biro Kebajikan GERAKAN, Sin Koo Yen berkata, pengumuman cukai SST 8% yang akan dikenakan terhadap TCM sudah hampir dua minggu dan ia telah menyebabkan keresahan dan kekecohan dalam kalangan masyarakat terutamanya pihak pengusaha perubatan tersebut.

“Sepatutnya perbincangan dan tindakan dibuat lebih awal bagi mengelakkan daripada pengusaha-pengusaha dan kilang-kilang TCM mengalami kesukaran dan dibebankan dengan pencukaian ini”

“Ini kerana TCM juga merupakan cabang perubatan di negara ini, sepatutnya isu ini diselesaikan dan diberikan kata putus dengan segera. Menteri perlu lebih cepat dan peka mengenai perkara seperti ini” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam situasi ini juga ia akan menyebabkan klinik TCM dan kedai herba menghadapi kesukaran dalam membuat pengiraan yang tepat disebabkan kadar cukai yang dikenakan masih dalam perbincangan.

Selain itu, faktor ketidakpastian ini akan menyebabkan pengamal TCM terganggu dari sudut penjadualan kewangan dan undang-undang sehingga boleh menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penyediaan perkhidmatan perubatan yang cemerlang kepada pesakit.

“Sikap Menteri yang sambil lewa dalam menangani isu penting ini akan mencetuskan masalah dalam industri perubatan tradisional dan membawa kepada kesan negatif terhadap pengamal, pelabur, dan pesakit” tegasnya.

Oleh itu, Sin Koon Yen menggesa Lim Hui Ying dan Kementerian Kewangan Malaysia dapat menyelesaikan isu ini dengan kadar yang segera. Malah kerajaan perlu bersimpati kepada mereka yang berusaha mendapatkan perkhidmatan rawatan seperti fisioterapi dan akupuntur untuk proses penyembuhan.

Sin Koon Yen
Ketua Biro Kebajikan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi