Siaran Akhbar

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Feb 12, 2025

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengkritik kerajaan perpaduan kerana pandai bercakap daripada memulihkan negara. Beliau menegaskan bahawa Malaysia telah berada di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global selama dua tahun berturut-turut, membuktikan bahawa usaha kerajaan dalam membanteras rasuah masih belum mencukupi.

Beliau menekankan bahawa usaha membanteras rasuah tidak boleh sekadar menjadi slogan atau alat untuk menekan ahli politik demi mendapatkan sokongan.

“Untuk meningkatkan indeks ketelusan, kerajaan mesti menyiasat pelbagai kes penyelewengan dan rasuah di dalam negara. Jika individu yang didapati bersalah oleh mahkamah akhirnya masih boleh dilepaskan, bagaimana rakyat boleh percaya bahawa kerajaan benar-benar menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa?”

Menurut laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah Global 2024 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia (Tl-M), sebab utama skor dan kedudukan Malaysia tidak menunjukkan kemajuan adalah kerana beberapa kes berprofil tinggi diberi keputusan “Dilepaskan tetapi tidak bermaksud tidak bersalah” (DNAA); keputusan sabitan kes rasuah oleh Mahkamah Persekutuan telah dikurangkan hukumannya dan denda diringankan; serta kemajuan reformasi institusi yang masih perlahan.

“Walaupun kerajaan sering menegaskan komitmen terhadap pentadbiran yang baik dan reformasi, pelaksanaan sebenar masih tidak mencukupi. Saya menggesa kerajaan, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agar menjalankan siasatan secara telus dan tanpa takut atau berat sebelah terhadap kes-kes rasuah”

“Jika Perdana Menteri Anwar Ibrahim benar-benar serius membanteras rasuah, beliau harus memberi kuasa penuh kepada SPRM dan institusi kehakiman untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang tanpa campur tangan politik”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Dominic Lau mendesak kerajaan, terutamanya SPRM, supaya mengambil serius laporan ini, jika kerajaan takut mengambil tindakan terhadap ahli politik yang terlibat, ini akan mencemarkan kredibiliti kerajaan serta melemahkan komitmen dalam memerangi rasuah.

“Perdana Menteri Anwar sendiri pernah menyatakan tahun lalu bahawa Pejabat Peguam Negara membuat pertuduhan terhadap individu tertentu secara tergesa-gesa selepas Pilihan Raya Umum 2018 atas motif dendam politik. Ini membuktikan bahawa tindakan kerajaan dalam membanteras rasuah bersifat terpilih dan bermotif politik”

Dominic Lau menegaskan bahawa jika kerajaan benar-benar mahu mencapai kedudukan 25 teratas dunia dalam indeks ini menjelang 2033, Malaysia perlu memperoleh skor antara 68 hingga 70 mata. Ini bermakna setiap tahun, negara mesti menunjukkan peningkatan dalam usaha membanteras rasuah dan ketelusan, Jika tidak, semua yang dilaungkan hanyalah cakap kosong, sekadar gimik politik untuk mengaburi mata rakyat.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi