Siaran Akhbar

Masalah kesesakan lalu lintas perlu ditangani segera, rakyat rugi 44 jam sebulan!

Jun 28, 2022

Menurut laporan penyelidikan daripada Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ts Dr Ismaniza Ismail, penduduk di Klang Valley, Kuala Lumpur dianggarkan sekurang-kurangnya 44 jam terbuang dalam kesesakan lalu lintas setiap bulan. Ini menunjukkan bahawa isu kesesakan lalu lintas perlu diselesaikan dipandang serius oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencabar Wee Ka Siong untuk berani mengakui kesesakan lalu lintas semakin teruk berpunca daripada ketidakcekapan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Kesesakan lalu lintas akan membazirkan masa dan tenaga rakyat, malah ia juga mengurangkan produktiviti serta memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.”

“Kebanyakkan rakyat Malaysia bergerak awal pagi ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Malah selepas 8 jam sibuk kerja, mereka terpaksa mengadap kesesakan lalu lintas yang teruk untuk pulang ke rumah.

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau memetik penyelidikan yang dijalankan oleh Pensyarah Kanan, UiTM tersebut menunjukkan bahawa pekerja pejabat membazir masa 1 hingga 2 jam sehari untuk pulang ke kediaman disebabkan kesesakan lalu lintas.

Beliau menegaskan bahawa cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah meningkatkan kualiti dan ketepatan pengangkutan awam supaya lebih ramai orang berminat untuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.

YB SENATOR DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN