Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Masyarakat harus berwaspada jangan ambil mudah tentang COVID-19

Apr 13, 2021

Naib Presiden GERAKAN , Koo Shiaw Lee mengingatkan masyarakat bahawa wabak COVID-19 di negara kita mempunyai kecenderungan untuk merebak lagi.

Oleh itu, semua orang tidak boleh ambil mudah dan sentiasa berusaha untuk mencegah wabak ini selain daripada mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi tinggi walaupun ada penurunan yang dicatatkan.

Kini setiap hari jumlah yang dicatat dalam lingkungan 1,000 sehingga 2,000 dijangkiti. Malah sebuah laman web luar negeri juga menandakan peningkatan kadar mobiliti rakyat Malaysia.

Menurut laman web Healthdata.org, setelah kerajaan membatalkan sekatan pergerakan dalam radius 10 kilometer pada 16 Februari lalu, kadar mobiliti penduduk meningkat secara mendadak.

Katanya dalam satu kenyataan akhabar.

Pendemik COVID-19 ini merupakan satu virus yang merbahaya dan ia boleh merebak dengan cepat. Oleh itu semua rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan dan paling penting melindungi diri dan keluarga.

Jelasnya, berdasarkan kepada data yang dikumpul oleh KKM setakat ini yang menunjukkan kadar kebolehjangkitan COVID19 atau R-Naught (Ro/Rt) pada 11 April lalu untuk seluruh negara kembali meningkat kepada 1.06.

Selain daripada itu, perkembangan terkini COVID-19 di beberapa negeri yang masih dalam keadaan tidak menentu dengan berlakunya turun-naik dalam kes harian dan situasi ini amat membimbangkan.