Siaran Akhbar

Maszlee harus kaji sebelum membuat pengumuman

Dis 2, 2019

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kerana tidak belajar daripada tindakannya membuat pusingan U-turn dalam rancangan sarapan pagi percuma kepada murid sekolah sebelum ini. Cadangan beliau untuk jadikan seni mempertahankan diri (Silat Melayu) sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah adalah tindakan yang terburu-buru tanpa sebarang kajian.

Beliau berkata Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM ) menghormati seni mempertahankan diri Silat Melayu sebagai warisan budaya tradisi kumpulan etnik Melayu.

Tetapi, dari sei ekonomi ianya bukanlah cadangan yang berkesan untuk diserap masuk jadi subjek pilihan dalam universiti. Sebenarnya, kebanyakan Universiti Awam telah pun tubuhkan Persatuan Seni Bela Diri Melayu yang membolehkan para pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian secara bebas.

“Kami tidak fikir ini adalah cadangan yang sesuai dari segi faedah ekonomi, malah menubuhkan kursus elektif memerlukan beberapa prosedur untuk dikaji semula. Misalannya seperti upah guru. langkah lebih baik jika Kementerian Pendidikan beri lebih banyak fokus dan tumpuan untuk meningkatkan tahap Bahasa Inggeris dan kursus-kursus lain yang boleh menggalakkan pembangunan ekonomi dan negara sejajar dengan Era Revolusi Industri 4.0.”

Jika Menteri Pendidikan ingin mempromosi Seni Silat Melayu dalam kalangan masyarakat, Menteri boleh menjadikan ini sebagai subejek kurikulum di Fakulti atau Institut Jasmani dan diwarisi oleh sesiapa yang berminat.

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi