Siaran Akhbar

MCA Dan MIC Elok Keluar BN Terus Masuk PN!

Ogo 1, 2021

Dua komponen parti yang masih dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC sebenarnya lebih memerlukan Perikatan Nasional (PN).

Kata, Setiausaha Agung Nasional Parti GERAKAN, Mak Kah Keong sejurusnya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan parti dalam kerajaan PN semalam.

Menurut Mak, sokongan yang dinyatakan oleh MCA dan MIC kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinet untuk meneruskan memimpin negara adalah satu langkah yang tepat pada masanya.

“MCA dan MIC kedua-duanya menjadi parti yang selalu diabaikan dan dipinggirkan dalam keputusan dibuat dalam BN.

“MCA dan MIC kelihatan dua bintang yang ditenggelamkan oleh kegelapan sehinggalah mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan PN. Jadi eloklah keluar BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik laporan berita harian, sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri A Vigneswaran ada mengeluarkan kenyataan asas pembentukan BN kini terancam apabila semangat hormat-menghormati antara satu sama lain tidak lagi wujud.

“Jika mereka tidak sedar sudah pasti PRU15 banyak kerusi tradisional mereka akan dirampas semula okeh parti komponen diri sendiri.

Tambah Mak, dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik.

MAK KAH KEONG
SETIAUSAHA AGUNG NASIONAL
PARTI GERAKAN