Siaran Akhbar

Membebankan rakyat, tidak wajar sekiranya BNM menaikkan OPR lagi – Dominic Lau

Jul 5, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) susulan daripada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini dan esok.

Beliau berkata, sebelum ini BNM berterusan menaikkan OPR, kenaikkan pada bulan Mei telah memberi beban kepada rakyat dan operasi perniagaan.

“Kenaikan OPR akan menjejaskan pelbagai kadar faedah, seperti kadar deposit, pinjaman, kadar bon dan lain-lain lagi.”

“Kumpulan B40 dan M40 juga akan terkesan dengan kenaikan OPR kerana kedua-dua kumpulan pendapatan ini menduduki 80% daripada jumlah penduduk Malaysia. Kini, mereka masih menghadapi masalah kewangan dan ekonomi.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Perangkaan Bulanan Malaysia terkini, kadar inflasi keseluruhan Malaysia semakin turun, ia telah mencapai 2.8% pada bulan Mei. Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan teras, terutama bahan api (turun 0.2 peratus) dan makanan (turun 0.1 peratus). Inflasi teras juga turun kepada 3.5 peratus (daripada 3.6 peratus pada bulan April).

“Kini tiada sebab dan keperluan untuk menaikkan OPR. BNM tidak sepatutnya menaikkan lagi OPR untuk mengelakkan pengaliran keluar modal, menstabilkan kadar pertukaran dan menarik pelabur untuk memegang mata wang Malaysia berikutan kejatuhan mendadak nilai ringgit baru-baru ini.”

“Walaupun langkah itu boleh menghalang mata wang Malaysia daripada terus jatuh, tetapi ia juga akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi,” tegasnya.

BNM perlu mempertimbangkan semula keputusan sekiranya berlaku kenaikkan. BNM harus mengutamakan kebajikan rakyat selain daripada mengekalkan kadar pertukaran.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi