Siaran Akhbar

MySejahtera mengandungi hampir keseluruh data peribadi rakyat Malaysia

Apr 6, 2022

Presiden Nasional Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan kenapa kerajaan membenarkan Entomo Malaysia Sdn Bhd sebagai pemaju aplikasi MySejahtera menjual hak harta intelek dan lesen perisian kepada syarikat swasta MySJ Sdn Bhd pada harga RM338.6 juta.

Beliau berkata tujuan asal kerajaan membangunkan aplikasi MySejahtera adalah untuk mengesan lokasi peribadi seseorang selain menyampaikan maklumat berkaitan penularan Covid-19. Malah hari ini MySejahtera menjadi aplikasi nasional yang dimuat naik oleh 38 juta pengguna.

“Erti kata lain, pangkalan data MySejahtera mengandungi hampir keseluruh data peribadi rakyat Malaysia seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon, lokasi keberadaan dan lain-lain.

“Sekiranya sejumlah data ini disalahguna atau kebocoran secara tidak sengaja, kesannya amat buruk. Kenapa kerajaan boleh menyerahkan permohonan sedemikian dengan membekalkan sejumlah data yang lengkap kepada syarikat swasta?”

Dominic Lau membuat satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas atas isu pemegang saham MySJ, Hasrat Budi yang menyaman enam pihak berkaitan MySejahtera dan menuntut pemecatan dua pengarah syarikat.

Menurut Dominic Lau, Menteri Kesihatan Khairy Jamuluddin menegaskan baru-baru ini bahawa hak harta intelek aplikasi MySejahtera dan semua data adalah milik kerajaan Malaysia. Tetapi mengapa dokumen mahkamah menunjukkan hak harta intelek aplikasi MySejahtera telah dijual ke MySJ Sdn Bhd.

Tambah beliau hak harta intelek aplikasi MySejahtera dan pangkalan data mestilah berada di bawah kendalian kerajaan, dan syarikat swasta tidak dibenarkan memiliki atau menjual data peribadi rakyat Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan kontroversi aplikasi MySejahtera, GERAKAN mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu badan khas untuk mengurus dan mengendalikan aplikasi nasional itu, sekaligus dapat menghapuskan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan data peribadi.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN