Siaran Akhbar

Naib Presiden GERAKAN kecam tindakan Anwar minta nombor telefon pelajar tingkat 6

Jun 26, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan tingkatan enam di Program TEMU ANWAR Negeri Sembilan pada 24 Jun lepas.

Naib Presiden GERAKAN Dato’ Parameswaran berkata tindakan Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan kerana sebagai Perdana Menteri, beliau perlu menunjukkan contoh yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun beliau hanya membuat jenaka sahaja dalam program tersebut, Anwar perlu sedar bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri, bukannya rakyat biasa”

“Sebagai Perdana Menteri, beliau perlu lebih profesional dalam menjawab soalan-soalan yang diberi oleh pelajar. Bukannya menjawab dengan meminta nombor telefon pelajar tersebut” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Parameswaran, bukan itu sahaja tindakan Anwar di dalam program tersebut akan menimbulkan tanggapan negatif kepada golongan belia terutamanya wanita terhadap pemimpin-pemimpin negara.

“Jika Anwar kagum dengan gadis itu, puji sahaja dia tanpa membuat komen yang berunsur negatif dan akan menimbulkan kerisauan terhadap pelajar itu”

“Tindakan Anwar itu akan menyebabkan lebih ramai pemimpin lelaki berani melakukan sedemikian rupa” tegasnya

Dalam perkembangan yang lain, hari ini seorang Penasihat PKR Negeri Pahang iaitu Fauzi Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi MyHSR.

“Anwar sekali lagi membuat lantikan politik yang melanggar prinsip beliau dengan melantik seorang ahli PKR sebagai Pengerusi MyHSR.

“Ini telah menunjukkan bahawa Anwar cakap tidak serupa bikin dalam isu berhubung lantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC)” jelasnya.

DATO’ PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA