Siaran Akhbar

Negara Hadapi Krisis Mata Wang!, Kerajaan Campuran Sibuk Cari Kesalahan Pembangkang

Mei 26, 2023

Pakatan Harapan yang kononnya mempunyai menteri cerdik pandai dalam ekonomi sudah sampai ke penghujungnya, apabila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sudah hilang formula untuk pulihkan nilai ringgit Malaysia.

Menurut Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee, Pakatan Harapan yang mengetuai kerajaan perpaduan sekarang sepatutnya sedang berusaha bersungguh-sungguh memulihkan kejatuhan nilai ringgit.

“Tetapi mereka lebih mengutamakan soal rumah terbuka Madani kononya lebih jimat daripada Kerajaan terdahulu, LBGT, cari populariti dan cari salah pembangkang.

“Sekarang matawang kita berada di tahap parah.Kali terakhir matawang dalam RM4.40 (berbanding sedolar AS) tahun 1997-1998 semasa Krisis Kewangan.

“Semalam cecah RM4.62 berbanding sedolar AS. Dimanakah raja formula yang dikatakan hebat sewaktu menjadi pembangkang?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Koo yang juga Ketua Penerangan GERAKAN berkata, Rafizi sebelum ini menjelaskan sekiranya Kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dinaikkan, boleh menyebabkan mata wang negara terus melemah.

Sekarang apa sudah jadi? Adakah mahu salahkan nilai matawang AS terus kukuh ataupun formula yang kelentong.

Tambah Koo, sikap mengutamakan cari populariti dan salah pembangkang daripada segalanya adalah kebodohan politik yang menyukarkan Malaysia untuk pulih daripada krisis ekonomi.

NAIB PRESIDEN GERAKAN
KOO SHIAW LEE

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi