Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Norma baru satu keperluan

Mei 4, 2020

Pengoperasian semula semua industri bermula 4 Mei adalah tertakhluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Semua rakyat diwajibkan mengamalkan “Norma Baru” dalam kehidupan. Langkah-langkah pencegahan keselamatan dan kesihatan perlu diadaptasikan secara praktikal untuk mengurangkan berlakunya risiko jangkitan wabak.

Biarpun MITI telah mengeluarkan satu garis panduan standard untuk semua organisasi patuhi. Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyarankan supaya MITI mewujudkan satu unit tindakan pemantauan untuk memantau pengamalan “Norma Baru” dalam pengurusan pekerjaan di dalam Industri tempatan. Ianya termasuklah dengan pengamalan pemakaian topeng muka, sanitizer dan penjarakan sosial di tempat kerja.

Gerakan percaya semua industri dalam negara akan memaksimumkan pengoperasian syarikat dalam tempoh PKPB ini untuk menjana pendapatan organisasi. Oleh itu, untuk mengelakkan sesebuah syarikat cuai dengan ketertiban yang diperuntukkan. Tindakan tegas perlu dipertingkatkan dan diperkuatkuasakan dengan mengenakan kompoun dan notis penutupan premis secara serta merta.

Di samping itu, orang awam juga digalakkan untuk membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat premis perniagaan yang ingkar dan tidak mematuhi SOP yang diunjurkan.

Selain itu, untuk memastikan langkah pencegahan yang dianjurkan berkesan secara interaktif. Orang ramai juga perlu membantu kerajaan mengesan dan memutuskan rantaian pandemik ini dengan memuat turun aplikasi My Trace. Maklumat gelokasi yang terdapat dari My Trace dapat membantu masyarakat lebih peka dengan persekitaran dan mengamalkan langkah pencegahan yang berkesan.

Oleh itu, memandangkan “Norma Baru” ini menjadi satu keperluan wajib untuk memutuskan rantaian Covid-19. Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap kerajaan dapat mempertimbangkan saranan ini untuk kepentingan semua.

华人还会相信吗?

华人还会相信吗?

祖国斗士党署理主席拿督斯里慕克里兹表示不排除,马哈迪和公正党主席安华可能在下届大选合作.

baca lagi