Siaran Akhbar

Para ibu bapa harus mengambil langkah serius dalam penjagaan kebersihan anak-anak ketika ini

Mei 19, 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan lonjakan kes penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan ketika ini.

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menasihatkan agar penyakit ini harus dibuat pemantuan, laporan dan mekanisme yang serius oleh kerajaan.

Beliau berkata mengikut data Kementeri Kesihatan (KKM) setakat 14 Mei lalu negara merekodkan sebanyak 31661 kes HFMD dan itu merupakan peningkatan 15 kali ganda berbanding tahun lalu.

Antaranya negeri adalah Selangor paling banyak iaitu 8,864 kes atau 28%. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu masing-masing 4,421 kes atau 14%. Manakala Sabah sebanyak 2,650 kes(8%),Perak 2,638 kes(8%), Kelantan dengan 2,493 kes (7.9%) dan negeri-negeri lain kurang daripada 1,500 kes.

“Wabak ini amat bahaya dan membimbangkan. Selain keperluan KKM menjalankan tugas untuk kawalan dan pecegahan.

“Saya merasakan perlu juga untuk memperkasakan hebahan seperti wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pihak ibu bapa juga harus lebih berwaspada terhadap penyakit ini terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Beliau mencadangkan agar tadika, taska dan semua tempat pembelajaran kanak-kanak yang lain segera melakasanakan langkah-langkah pencegahan yang teratur setiap hari.

Setiap harus perlu membuat pebasmian kuman serta pengawalan ketat agar penyakit HFMD ini tidak menular dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada ibu bapa sekiranya anak mereka demam lebih 3 hari dan mengalami gejala mengantuk, muntah dan sakit kepala. Segeralah bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan penyakit ini berjangkit, beliau mengharapakan semua orang khususnya para ibu bapa memberi perhatian kepada kebersihan diri, kerap mencucu mulut dan tangan.

YB SENATOR
DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN