Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Pemergian Bekas Presiden Mic Tun S.Samy Vellu Satu Kehilangan Besar Buat Malaysia

Sep 15, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengucapkan takziah kepada mendiang bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu yang meninggal dunia pagi tadi.

Saya amat dukacita mendengar berita ini, pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat negara, terutamanya masyarakat India.

Untuk pengetahuan semua, Tun S Samy Vellu adalah salah satu pemimpin politik yang dihormati. Beliau telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat Malaysia terutamanya kaum India dan juga adalah mentor orang ramai.

“Mendiang seorang pemimpin pada sama era dengan bekas Presiden Nasional Parti GERAKAN Tun Dr. Lim Keng Yaik.

“Beliau telah menerajui MIC selama 31 tahun, ia paling lama berkhidmat sebagai parti presiden itu.

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput selama 34 tahun dari 1974 hingga 2008, ia merupakan Menteri Kabinet paling lama berkhidmat yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.

Akhir kata, saya mewakili seluruh keahlian Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengharapkan ahli keluarga mendiang tabah dan bersabar menghadapi saat mendukacita ini.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN