Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

PEMERKASA dapat bantu PKS terkesan dan golongan B40

Mac 18, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyokong pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bernilai RM20 billion dan ini menunjukakn Perikatan Nasioal (PN) adalah kerajaan tepat buat rakyat.

Bendahari Pemuda GERAKAN Andy Tan Hum Wei kata, dalam setahun pentadbiran PN, kerajaan telah menyediakan 6 pakej bantuan kewangan untuk membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

“Setakat ini, tidak ada negara lain yang dapat melancarkan begitu banyak pakej bantuan dan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan PN prihatin terhadap rakyat.

“Dalam PEMERKASA tersebut ia menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat serta sektor yang masih terkesan.”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp adalah wajar.

“Kemudahan pembiayaan mikro kredit sangat penting untuk PKS demi meneruskan kelangsungan perniagaan agar dapat mengelakan daripada pengusaha-pengusaha di Malaysia gulang tikar.” jelasnya

Di samping itu, kerajaan juga menyediakan 700 juta ringgit untuk teruskan Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 selama tiga bulan, langkah ini akan mengurangkan kadar pengangguran dan memastikan lebih ramai orang mengekalkan pekerjaan dan pendapatan mereka.