Siaran Akhbar

Pemuda GERAKAN sokong sepenuhnya platform ‘AkuPN’

Mei 10, 2021

Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyokong sepenuhnya platform “AkuPN” yang telah dilancarkan oleh Pemuda Perikatan Nasional semalam dan berjanji akan mempromosikan platform ini dengan bersungguh-sungguh bagi membantu masyarakat, terutamanya golongan muda demi menghadapi cabaran pasca pandemik COVID-19.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen berkata, sejak COVID-19 melanda Malaysia dua tahun lalu, krisis ini telah membawa impak yang amat besar kepada semua sektor negara, khususnya peluang pekerjaan kepada golongan muda.

“Menurut laporan International Labour Organization (ILO) tahun 2020, pandemik COVID-19 telah memberi kesan amat teruk terhadap ekonomi dan pasaran kerja yang berdampak tenaga kerja muda.”katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 4 hari yang lalu juga menunjukkan bahawa kadar pengangguran orang muda yang berumur 15-24 tahun di negara ini telah meningkat dari 10.5% pada tahun 2019 kepada 12% pada tahun 2020.”

Beliau yakin bahawa sekarang adalah masa yang tepat Pemuda Perikatan Nasional melancarkan platform “AkuPN” dan platform ini juga akan mewujudkan persekitaran yang baik untuk membantu anak muda kembali bekerja dan mencari pekerjaan.

Beliau berkata, melalui platform “AkuPN”, orang muda berpeluang menjana pendapatan, meningkatkan kemahiran dan memulakan langkah dalam bidang keusahawanan.

Beliau juga berpendapat, bahawa sebagai pemuda yang progresif dan bertanggungjawab, kita perlu bersama-sama menjana pemulihan ekonomi dan membangun semula Malaysia yang gagah.

“Justeru, inisiatif kerajaan dan rakyat harus digembleng bersama. Hanya melalui kesalingan yang utuh antara kerajaan dan akar umbi sekaligus mampu memacu negara ke landasan kegemilang.” jelasnya.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi