Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Perdana Menteri dan Kerajaan perlu dengar suara rakyat

Dis 20, 2019

Apa yang aneh dan tidak dapat diterima adalah Dr. Mahathir yang memberi ucapan khas dalam sebuah kongres berasaskan perkauman beberapa bulan yang lalu memberi amaran terhadap Dong Jiao Zong, sebuah organisasi yang mewakili pendidikan masyarakat Cina yang ingin menganjurkan kongres dalam mengetengahkan pendapat masyarakat Cina berhubung pelaksanaan Jawi. Lagi sedih, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang sebelum ini bersorak untuk mempertahankan hak orang ramai, malangnya berdiam diri, mengabaikan komuniti yang mengundinya.

Parti Gerakan berasa menyesal dengan gesaan Perdana Menteri yang berbentuk kasar dan yang boleh mengugat situasi semasa. Perdana Menteri dan kerajaan perlu faham bahawa pelaksanaan Jawi tidak diterima oleh ibu bapa pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan. Tak perlulah kita memaksa sesuatu ke atas pelajar, terutamanya dalam bab pelajaran.

Sebagai ketua eksekutif kerajaan, Perdana Menteri sepatutnya mengetengahkan diplomasi dalam perkara ini dan bukannya memberi amaran. Saya harap kerajaan akan dengar pendapat rakyat berhubung perkara ini. Pemegang kepentingan dalam perkara ini adalah ibubapa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, berunding dan tolong abaikan pelaksanaan Jawi.