Siaran Akhbar

Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN Ke-49

Mac 13, 2021


Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan Rakyat Malaysia dijadualkan berlangsung pada 13 March 2021, Sabtu minggu ini di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik, Level 4, Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pusat parti dan bakal berlangsung secara kombinasi iaitu perhimpunan secara bersemuka dan juga maya.

Persidangan selama satu hari itu akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Perikatan Nasional.

Orang ramai dijemput untuk menonton persidangan pada kali ini secara langsung di Facebook Parti Gerakan Rakyat Malaysia https://www.facebook.com/gerakan.my.

Selain itu, sempena persidangan kali ini GERAKAN akan melancarkan GERAKAN Satu Hati dan upacara penyampaian hadiah bagi pemenang Pertandingan Reka Bentuk Anime PGRM 2020.

Segala prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dipatuhi.

Maklumat lanjut mengenai persidangan tersebut boleh melayari facebook Parti Gerakan Rakyat Malaysia https://www.facebook.com/gerakan.my.