Siaran Akhbar

Perutuasan Aidilfitri 2023 daripada Presiden Nasional Parti GERAKAN – Dominic Lau

Apr 26, 2023

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai meminta semua rakyat Malaysia mempelajari nilai-nilai kemaafan dan toleransi yang dilakukan oleh umat Islam semasa Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan negara kita dapat mengekalkan perpaduan, keharmonian dan keamanan.

Beliau menyatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan terpenting dalam kalangan orang Islam bagi memperingati berakhirnya bulan puasa Ramadan.

Dalam perayaan ini, orang Islam akan mengadakan jamuan dan memberi duit raya. Ia menunjukkan toleransi dan kemaafan. Orang Islam percaya bahawa toleransi dan kemaafan adalah nilai murni yang membolehkan orang ramai merapatkan perhubungan dengan lebih baik dan meningkatkan kepercayaan serta hormat-menghormati.

“Saya berharap rakyat Malaysia dapat memahami sifat memaafkan dan bertolak ansur untuk menyatupadukan nilai ini dalam kehidupan seharian kita. Sama ada bersama keluarga, kawan atau dengan yang lain. Kita perlu bermaaf-maafan untuk mengurangkan konflik serta mewujudkan persekitaran sosial yang lebih harmoni.

Dominic Lau membuat perutusan Hari Raya Aidilfitri 2023 di atas hari ini.

Beliau mengakui bahawa masa lalu, terdapat banyak kontroversi dan perbezaan politik di negara kita. Tidak kira pemimpin politik atau rakyat, kita juga perlu hormat-menghormati  antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana politik yang adil dan kesaksamaan bagi memastikan negara kita dapat terus kekal harmoni.

Justeru, beliau juga menyeru Kerajaan Campuran yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti main politik dengan menindas pemimpin parti pembangkang. Politik tidak seharusnya menjadi berpecah dan bergaduh, tetapi politik platform ini adalah untuk kerjasama dan perundingan bagi menggalakkan pembangunan dan kemajuan negara bersama.

Dominic Lau turut menggesa Kerajaan Campuran untuk menepati manifesto yang dijanjikan pada PRU Ke-15 sebelum ini bagi memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Kita perlu mewujudkan suasana yang stabil, adil dan saksama bagi memastikan semua rakyat mempunyai peluang dan hak untuk merealisasikan impian mereka.

“Saya berharap semua kaum dapat menyedari kepentingan nilai-nilai kemaafan dan toleransi pada Hari Raya Aidilfitri ini. Tidak kira di mana asal kita, kita harus mengekalkan sikap saling menghormati, memahami dan menyayangi. Ia adalah salah satu cara kita boleh bersama ke arah masa depan yang lebih baik.”

Akhir sekali, Dominic Lau mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 kepada semua rakyat Malaysia.